assalamualaikum.
sepatutnya post pasal nie semalam. tapi busy busy busy buat assigment *kononnya* HAHA! semalam 18 November Universiti Malaysia Kelantan kampus Pengkalan Chepa dilanda banjir.! wuwuwuww~ seriously memang agak tinggi air naik semalam. sebab hujan dari pagi semalam then berterusan sampai ke malam. pergi kelas petang semalam dah naik air sampai paras atas buku lali. hmm sadlife lah kitorang.
hujan dia macam main cak cak tau. kejap dia hujan renyai, kejap dia benti, kejap lagi dia lebat pulak. bila dah hujan memanjang macam nie satu masalah besar untuk kitorang ialah baju susah nak kering. macam mana nak kering kalau asyik hujan and matahari asyik menyorok jek T_T
okay berbalik pasal banjir semalam. lepas habis kelas Weblog makin lebat hujannya. fuh! nak taknak terpaksa redah jugak. langkah keselamatan taknak kasut jahanam cepat kita pakai kasut getah tu. HAHAHA! jimat okay. murah jek kat pasar malam 10hengget :D tak rugi beli. time hujan pakai jek lah kasut getah tu. kan kan? okay then masa nak balik bilik tu terpaksa lah redah banjir yang sangat tinggi dan deras itu *ok over* sambil jalan sensorang nak balik bilik aku pun amek gambar kawasan hostel kitorang yang dah dipenuhi dengan air.
check it out!
THIS IS UMK BRO :D
kawasan futsal. depan blok lelaki.
bahagian tengah2 antara blok 1 dengan 3.
terpaksa lipat seluar tinggi sikit sebab air agak tinggi masa nie.
dan ini lah dia. WELCOME TO UMK. haha. depan blok 5 T_T kesian kitorang.
okay done. nie jek yang dapat dikongsikan pasal banjir yang melanda UMK. tak tahu sampai bila kitorang akan macam nie. dengar cerita sampai awal bulan 1 tahun depan. hm yelah sekarang musim tengkujuh nak buat acano. redha jek lah.
tapi alhamdulillah hari nie cuaca agak baik tengah hari nie. tak hujan :)
No comments:
Post a Comment