Friday, 12 December 2014

Adik Dah Besar :)

assalamualaikum

okay nie cerita masa 7 Disember 2014 sebenarnya. cerita pasal adik lelaki aku yang dua orang tu ^^, HAHAHA dah besar rupanya adik adik aku nie. dah bujang kata orangg gituhh. sebab dah sunat dah. yang abang umur 11 tahun yang adik paling kecik umur 9 tahun. hahaha xD memang terkejut sikit sebab yang bongsu tu macam kecik lagi untuk sunat kan. tapi dah abang dia nak sunat, dia pun nak join lah.
sunatkan diorang kat rumah nenek kat Ipoh. mak taknak sunatkan kt Kluang sebab takut takleh jaga. yelah sunatkan serentak kan. mak takut sikit and risau tak dapat jaga. kat kampung ade nenek boleh tengok tengok kan diorang apa semua. senang sikit.
lepas diorang sunat tu call mak. tanya diorang macam mana. nangis ke melalak ke kan. hhaha! and mak cakap diorang tak nangis pun. woaa! bravo adik adik ku. serius tak sangka yang diorang tak nangis. sebab sebelum diorang sunat kitorang semua risau diorang nangis lagi lagi si abang. dia lagi cengeng dari adik dia. tapi alhamdulillah lah diorang okay jek. tak sakit sangat katanya. pedih sikit je. haaa gituhh adik adik akak yee. kuat! :D
mak kata minggu depan dah balek Kluang balek dah sebab diorang dah okay sikit. hihihi. okay tak sabar nak jumpa semuaa. sebab aku pun balik jugak minggu depan :D okay babaii.

so nie lah dia hero dalam family aku.
kiri yang bongsu. kanan abang, anak no 3. and yang tengah tengah tu anak paklang.

Tuesday, 9 December 2014

Final Exam

assalamualaikum

hari nie dah 9 Disember 2014 dah. so maknanya lagi 3 minggu je nak final exam untuk sem 1. ulang suara LAGI TIGA MINGGU SAHAJA. T_T k tak study lagi sebenarnya nie.
aduduhh. kenapa pemalas sangat nak bukak buku nie? asal bukak buku je mula la mengantuk. cuba kalau mengadap handphone? laptop? amboi bukan main terbeliak lagi bijik mata tu kan. ya Allah. tuu laa haa setan menghasut2 dan iman tak berapa nak kuat terus terleka. alahai.
bila lah nak sedar diri yang final dah dekat sangat. takkan nak failed? nak repeat? taknak bangga kan parents ke dengan result sendiri? ish ish ish! okay WAKE UP yee anak2 semua bahawasanya kita akan menghadapi final exam pada 28 Disember 2014.
so GOODLUCK kat semuaaaaaaaaaaaaa student UMK utk final korang nanti. insyaallah ada usaha ada lah hasil yang baik :) keep fighting! chaiyok chaiyok! xD

AJA AJA FIGHTING! 

Wednesday, 26 November 2014

iPhone 5s

assalamualaikum

haa okay hari nie nak cerita pasal gadget. hmm :3 sebenarnya lah kan teringin yang teramat sangat nak pakai iphone 5s even tahu sekarang dah keluar iphone 6 and iphone 6+. tapi tak berminat pun dengan keluaran handphone brand apple keluaran baru nie sebab design dia sumpah tak cantik! HAHA. k lagipun harga dia mahal sesangat and macam tak masuk akal pun ada. yelahh beli handphone sampai dekat 4k? well baik beli motor baru. ye tak? :D

okay cerita pasal iphone 5s balik. memang minat sangat2 handphone nie sebab design dia yang menarik dan memikat hati tuu. slim and kecik jek. lepastu orang cakap camera iPhone memang superb! heee ^^, sesuai untuk kaki selfie nie kan. dulu dulu tak minat sangat sebab apa pun taktahu la. maybe mata telah dibutakan dengan Samsung Note 3. so belilah Note 3, padahal harga Note 3 dengan iPhone 5s masa tu sama jek. kawan kawan tanya 'kenapa tak amek iPhone 5s jek terus?' jawab 'tak minat lah. kecik sangat ah. tak reti pakai ah' then sekarang nak pakai pulak ==' nampak sangat gedik!

huwaaaaaaaa T_T tengok member pakai iPhone 5s. fuhh! jeles yang teramat sangat. takpeee, ada rezeki nanti dapat laa tu kot. tapi rasa mak mesti membebel sebab beli Note 3 nie baru jek lagi tak sampai setahun dah gatal sangat nak tukar handphone lain. perangai memang teruk kan? -_- takpe takpee. simpan duit. mana tahu tetiba iPhone 5s jatuh dari langit ke kan? xD HAHAHA. kbai :*



TOLONG LAHH! CANTIK SANGAT YANG WARNA SPACE GREY TU :'(
ILOVEYOU CRUSHH~

Tuesday, 25 November 2014

Ohh Assigment!

assalamualaikum

sekarang nie memang minggu mem'busy'kan diri dengan assigment yang bertingkek tingkek tu. fuhh :3 seriouss agak stress kadang kadang buat kerja nie. lagi lagi kalau buat berkumpulan nie. yelah kita kena cari masa untuk semua berkumpul dengan masing masing punya kerenah dengan masing masing punya idea yang terlalu melimpah ruah lepastu yang ikut kepala sendiri apa semua. haihhh -_- memang dugaan gila. benda kadang simple tapi sebab buat ramai ramai sangat tu jadikan benda tu susah. tapi alhamdulillah assigment banyak yang dah settle. terima kasih untuk ahli group aku yang sama sama tolong siapkan assigment kita.

lepas settle semua assigment nie baru boleh tarik nafas lega sikit sebab beban dah kurang, kepala dah xserabut. sebab tinggal bebankan kepala dengan study jek lepasnie. kena perah otak yang dah berkarat nie untuk buat revision balek chapter yang tertinggal, yang tak paham. fuhhh. okay tak baik mengeluh :D belajar kena ikhlas baru ilmu tu berkat. insyaallah.

akhir bulan 12 nie dah final exam. okay siapa jek tak cuak kan? tak revision apa pun sebab dok busy dengan settle kan assigment. sebab tu kalau boleh nak assigment nie cepat cepat siap taknak serabut kepala lagi. yelah, final dah dekat sangat. sekarang pun dah akhir bulan 11. lagi sebulan jek kot :O kbai jom study :)

Wednesday, 19 November 2014

Tutorial : Letak Lagu Dalam Blog

assalamualaikum

okay dapat pun masukkan lagu dalam blog. fuhh :3 punya jenuh mencari macam mana cara dia. dah lupa sebab dah lama sangat tinggalkan dunia hias2 blog gitu xD lagu nie aku amek dari youtube. korang boleh pilih mana2 lagu kat youtube yang korang suka. then copy nie kat HTML.


<center><object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Lw0fETc9XEE?fs&amp;autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xffffff" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed src="http://www.youtube.com/v/Lw0fETc9XEE?fs&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xffffff" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="200" height="25"></embed></object></center>


korang cuma perlu tukar link lagu jek kat tulisan yang highlight BIRU
pilih mana2 lagu yang korang suka kat youtube.
pilih lagu then tekan SHARE lepastu tekan EMBED. klik 'use old embed code' then korang cuma perlu copy url lagu jek. yang lain tak perlu copy. ganti kedua2 url yang highlight BIRU tadi okay?


harap dapat membantu korang yang nak letakkan lagu dalam blog korang tu :)

UMK Pengkalan Chepa Banjir!

assalamualaikum.

sepatutnya post pasal nie semalam. tapi busy busy busy buat assigment *kononnya* HAHA! semalam 18 November Universiti Malaysia Kelantan kampus Pengkalan Chepa dilanda banjir.! wuwuwuww~ seriously memang agak tinggi air naik semalam. sebab hujan dari pagi semalam then berterusan sampai ke malam. pergi kelas petang semalam dah naik air sampai paras atas buku lali. hmm sadlife lah kitorang.

hujan dia macam main cak cak tau. kejap dia hujan renyai, kejap dia benti, kejap lagi dia lebat pulak. bila dah hujan memanjang macam nie satu masalah besar untuk kitorang ialah baju susah nak kering. macam mana nak kering kalau asyik hujan and matahari asyik menyorok jek T_T

okay berbalik pasal banjir semalam. lepas habis kelas Weblog makin lebat hujannya. fuh! nak taknak terpaksa redah jugak. langkah keselamatan taknak kasut jahanam cepat kita pakai kasut getah tu. HAHAHA! jimat okay. murah jek kat pasar malam 10hengget :D tak rugi beli. time hujan pakai jek lah kasut getah tu. kan kan? okay then masa nak balik bilik tu terpaksa lah redah banjir yang sangat tinggi dan deras itu *ok over* sambil jalan sensorang nak balik bilik aku pun amek gambar kawasan hostel kitorang yang dah dipenuhi dengan air.

check it out!
THIS IS UMK BRO :D

kawasan futsal. depan blok lelaki.


bahagian tengah2 antara blok 1 dengan 3.


terpaksa lipat seluar tinggi sikit sebab air agak tinggi masa nie.


dan ini lah dia. WELCOME TO UMK. haha. depan blok 5 T_T kesian kitorang.

okay done. nie jek yang dapat dikongsikan pasal banjir yang melanda UMK. tak tahu sampai bila kitorang akan macam nie. dengar cerita sampai awal bulan 1 tahun depan. hm yelah sekarang musim tengkujuh nak buat acano. redha jek lah.

tapi alhamdulillah hari nie cuaca agak baik tengah hari nie. tak hujan :)

Tuesday, 18 November 2014

Puting Beliung di Kedah

Assalamualaikum.

Ada dengar berita tak tentang kejadian puting beliung? yang berlaku baru-baru ini di Alor Setar, Kedah pada 12 November 2014 kira-kira pukul 3 petang. kejadian nie amat mengejutkan rakyat Malaysia kerana kejadian ini adalah yang keempat di Kedah. keadaan hujan ribut yang kuat menyebabkan berlakunya puting beliung di sini. Namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku hanya kerosakan harta benda dan perumahan penduduk sekitar.
Allahu. takut sangat. sebab sekarang makin banyak kejadian yang tak diingini berlaku kat Malaysia nie. nie semua kuasa Allah dan sebagai peringatan kepada kita semua supaya sama-sama ingat bahawa kiamat hampir dekat dengan kita umat akhir zaman.



    





Tuesday, 14 October 2014

Rekabentuk Weblog

Assalamualaikum.

New blog was created today! 14 Oktober 2014.
blog untuk subjek Rekabentuk Weblog UKI 1011. lecturer kami Puan Siti Hajar Binti Alaf Din.
so untuk sepanjang sem 1 nie kena belajar buat blog even dah tahu pasal blog ni sikit2 sebab dulu pernah menceburi bidang blog. masa zaman budak2 dulu :3 bhahahaha.
introduce myself walaupun dah ada 'profil saya' kat atas tu :D
Nursabrina Binti Ujang. Ina for short.
from Kluang,Johor.
student Keusahawanan Hospitaliti (SAH)
itu je kot. okay bye :)